Nahas Elmina: Pesawat hanya miliki satu kotak hitam

Razarudin melawat lokasi kejadian pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Seksyen U16 pada Jumaat. Foto: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

A
A
A

SHAH ALAM – Pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park Seksyen U16, di sini pada Khamis tidak memiliki Perakam Data Penerbangan (Aircraft Data Recorder) sebagaimana pesawat komersial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, sebaliknya pesawat itu hanya mempunyai kotak Perakam Data Kokpit (Cockpit Data Recorder) dan ia sudah ditemui malam semalam.

Beliau berkata, hasil dapatan Biro Kemalangan Udara (BSKU) turut mengesahkan pesawat berkenaan hanya mempunyai satu komponen kotak hitam iaitu rakaman suara kokpit (CVR).

"Jadi pesawat ini hanya ada satukotak hitam jenis CVR, dan ianya sudah ditemui semalam, bukan dua seperti yang kita jangka sebelum ini.

"Pesawat sebegini memang tidak ada bahan (Perakam Data Penerbangan) itu yang kita cuba cari sejak semalam. Jadi ia sudah diambil ( Perakam Data Kokpit) untuk membantu siasatan lewat malam tadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini pencarian kotak hitam pesawat itu.

Pada Khamis sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang termasuk dua kru terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini