Isu panas dibangkitkan di Dewan Rakyat bakal jadi tumpuan

Isu panas antaranya berhubung kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah dijangka menjadi tumpuan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada Selasa.
Antaranya berhubung isu kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah.
Isu panas antaranya berhubung kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah dijangka menjadi tumpuan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada Selasa. Antaranya berhubung isu kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah.
A
A
A

SIDANG Dewan Rakyat hari ini dijangka menjadi tumpuan apabila Perdana Menteri dijadualkan menjawab beberapa isu panas ketika sesi pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Antaranya berhubung isu kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Menerusi salinan kertas PMQT, isu berkenaan akan dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang bertanyakan apakah tindakan kerajaan ke atas Muhammad Sanusi bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah.

Guan Eng dalam soalan itu berkata, kenyataan tersebut telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk negeri Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.

Sesi berkenaan juga dijangka 'panas' dengan tindakan pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN), khususnya Pas yang bakal mempertahankan Muhammad Sanusi.

Ia berikutan kenyataan daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada malam Isnin yang menyifatkan kenyataan dibuat Muhammad Sanusi bukan satu kesalahan dan tiada sebab untuk Menteri Besar Kedah itu dikenakan tindakan.

"Bagi Pas, kita sokong apa yang MB Kedah sebut untuk dibuat kajian dan penyelesaian agar menokhtahkan perkara ini," katanya ketika ditemui media selepas menyuarat Ahli Parlimen PN, di ibu negara.

Selain itu, PMQT turut memberi fokus berhubung kejatuhan ringgit yang bakal dibangkitkan oleh Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya).

Beliau bertanyakan kepada Perdana Menteri apakah kesan kejatuhan nilai ringgit kepada proses pemulihan ekonomi negara dan apakah pendekatan yang akan digunakan untuk mengukuhkan nilainya.

Dalam pada itu, menerusi sesi sama, Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) minta Anwar menyatakan sama ada kerajaan sedar bahawa syarat permohonan menyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlalu ketat.

Polisi ditetapkan disebut telah menyebabkan pemohon bujang yang terpaksa menanggung ibu bapa dan adik beradik orang kurang upaya (OKU) atau sakit dan isteri bukan warganegara tetapi ada anak-anak bertaraf warganegara, tidak layak memohon baru atau penukaran nama pemohon setelah pemohon asal meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang itu Kedah punya' - Sanusi

Polis Pulau Pinang terima empat laporan terhadap Sanusi

Jangan pertikai kedudukan Pulau Pinang

[VIDEO] Kenyataan Sanusi: Anwar serah sepenuhnya kepada Peguam Negara

Isu panas dibangkitkan di Dewan Rakyat bakal jadi tumpuan

Pulau Pinang milik Kedah: 'Tiada sebab Sanusi dikenakan tindakan'

Dakwaan Pulau Pinang milik Kedah tidak berasas - Ramkarpal

Pulau Pinang milik Kedah: Mahfuz saran Sanusi tuntut di mahkamah

Pulau Pinang tidak pernah terpisah dari Kedah

'Berunding selesaikan isu Pulau Pinang-Kedah' - BN Kedah

Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi sengaja cetus kontroversi