Polis Pulau Pinang terima empat laporan terhadap Sanusi

Laporan Sinar Harian pada 29 Mei lalu. Gambar kecil: Kok Chin
Laporan Sinar Harian pada 29 Mei lalu. Gambar kecil: Kok Chin
A
A
A

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang mengesahkan telah menerima empat laporan berkaitan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaannya bahawa negeri ini milik Kedah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kes tersebut kini sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Adalah disahkan empat laporan polis telah diterima berkaitan Muhammad Sanusi berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 oleh USJT Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada 29 Mei lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya penduduk Pulau Pinang bangkit menyatakan bantahan terhadap Muhammad Sanusi berhubung kenyataannya itu.

Guan Eng berkata, kenyataan Muhammad Sanusi itu adalah jelas sangat berbahaya dan boleh menimbulkan keresahan serta ketegangan dalam kalangan rakyat khususnya penduduk Pulau Pinang.

Ini kerana, ujar beliau, penduduk Pulau Pinang khususnya akan berasakan mereka boleh kehilangan negeri disebabkan tindakan liar dan tidak bertanggungjawab Muhammad Sanusi yang berterusan mempertikai kedaulatan Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang itu Kedah punya' - Sanusi

Polis Pulau Pinang terima empat laporan terhadap Sanusi

Jangan pertikai kedudukan Pulau Pinang

[VIDEO] Kenyataan Sanusi: Anwar serah sepenuhnya kepada Peguam Negara

Isu panas dibangkitkan di Dewan Rakyat bakal jadi tumpuan

Pulau Pinang milik Kedah: 'Tiada sebab Sanusi dikenakan tindakan'

Dakwaan Pulau Pinang milik Kedah tidak berasas - Ramkarpal

Pulau Pinang milik Kedah: Mahfuz saran Sanusi tuntut di mahkamah

Pulau Pinang tidak pernah terpisah dari Kedah

'Berunding selesaikan isu Pulau Pinang-Kedah' - BN Kedah

Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi sengaja cetus kontroversi