Jangan pertikai kedudukan Pulau Pinang

Abdul Kader
Abdul Kader
A
A
A

GEORGETOWN - Semua pihak tidak wajar untuk mempertikaikan kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat di bawah Yang di-Pertuan Agong dan sebahagian daripada negeri dalam Persekutuan.

Yang Dipertua Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang, Datuk Abdul Kader Md Ali berkata, ini kerana, Perlembagaan Persekutuan telah menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, dalam Undang-Undang Tubuh Pulau Pinang Bab (1) Perlembagaan Pulau Pinang pula perlu ada seorang Yang di-Pertua Negeri bagi sesuatu negeri dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak menurut budi bicara.

"Bagaimanapun, setelah berunding dengan ketua menteri, Pulau Pinang dimeterai menjadi sebuah negeri yang mempunyai undang-undang tubuh negeri.

"Bagi mengenang sejarah Pulau Pinang yang mana dikuasai Kedah satu ketika dahulu, nama Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah diabadikan pada dua infra terpenting di Pulau Pinang, iaitu Pangkalan Feri Sultan Abdul Halim dan Jambatan Sultan Mu'adzam Shah.

"Jika peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pulau Pinang dimeterai sedemikian rupa bagi mengesahkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan, maka tidak wajar bagi mana-mana pihak mempertikaikan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat di bawah Yang di-Pertuan Agong dan sebahagian daripada negeri dalam Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, masih ada pihak yang keliru dengan pemilikan Pulau Pinang kerana fakta sejarah dan Perlembagaan negara tidak dikomunikasikan dengan betul agar ia mudah difahami.

"Untuk memahami isu kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri yang berdaulat, kita harus memahami fakta sejarah sebelum dan selepas wujudnya kerajaan Pulau Pinang.

"Fakta sejarah tidak menipu kita, namun adakah kita yang mengubah fakta sejarah sehingga ia menjadi polemik dalam kalangan ahli akademik dan ahli politik? Malah ada yang mendakwa Pulau Pinang hanyalah tanah milik Kedah yang dipajak," katanya.

Tambah Abdul Kader lagi, untuk memahami isu kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri berdaulat, semua pihak harus memahami fakta sejarah sebelum dan selepas wujudnya kerajaan Pulau Pinang.

Minggu lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut yang mana, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Muhammad Sanusi turut mendakwa, pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah 'terlepas' dari Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang itu Kedah punya' - Sanusi

Polis Pulau Pinang terima empat laporan terhadap Sanusi

Jangan pertikai kedudukan Pulau Pinang

[VIDEO] Kenyataan Sanusi: Anwar serah sepenuhnya kepada Peguam Negara

Isu panas dibangkitkan di Dewan Rakyat bakal jadi tumpuan

Pulau Pinang milik Kedah: 'Tiada sebab Sanusi dikenakan tindakan'

Dakwaan Pulau Pinang milik Kedah tidak berasas - Ramkarpal

Pulau Pinang milik Kedah: Mahfuz saran Sanusi tuntut di mahkamah

Pulau Pinang tidak pernah terpisah dari Kedah

'Berunding selesaikan isu Pulau Pinang-Kedah' - BN Kedah

Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi sengaja cetus kontroversi