YAN - Bekas ahli Pas Kawasan Jerai yang dipecat pada tahun 2013 mendakwa hampir 50 peratus mesyuarat agung tahunan Pas cawangan di situ tidak sah.

Abdullah Hashim, 49, berkata, perkara itu berlaku apabila mesyuarat agung berkenaan kebanyakannya tidak melibatkan ahli, sebaliknya hanya dihadiri penyokong parti.

Beliau berkata, tindakan itu adalah menyalahi perlembagaan parti dan tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat seluruh mesyuarat agung tahunan Pas cawangan di negeri ini.

“Saya menasihatkan kepada semua pimpinan Pas Kawasan Jerai supaya buat kerja ikut perlembagaan parti dan peraturan ditetapkan.

“Jangan sampai kegiatan pembohongan mereka itu terbongkar,” katanya.

Menurutnya, Pas perlu menangani perkara itu lebih awal supaya peristiwa pengharaman Umno pada tahun 1988 tidak berlaku kepada Pas.

“Berdasarkan perlembagaan parti, setiap cawangan yang nak bermesyuarat mestilah melibatkan ahli-ahlinya. Kehadiran itu juga mestilah bergantung kepada kuota ahli cawangan masing-masing.

“Tetapi saya dimaklumkan, ada perancangan tertentu yang nak melaksanakan mesyuarat itu tanpa kehadiran ahli dan juga hanya dibuat atas kertas,” katanya.

Sementara itu, pemangku Yang Dipertua Pas Kawasan Jerai, Azizan Talib menafikan dakwaan tersebut.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak pernah berlaku kepada mana-mana cawangan di situ.

“Kebiasaannya, setiap mesyuarat agung tahunan hanya akan dihadiri oleh ahli yang aktif dan penyokong parti.

“Ini sudah menjadi kebiasaan. Malah, kehadiran satu pertiga ahli pada mesyuarat tersebut sudah memadai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan akan melakukan siasatan.

“Kita akan selidik perkara ini dan kenal pasti Cawangan mana yang tidak dihadiri oleh ahli. Sekiranya ada, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas mutakhir ini menjadi sasaran serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan.
  • MARANG - Pemuda Pas menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu berubah malah kini sanggup menjadi pelindung kepada DAP.
  • SHAH ALAM - Asas kenyataan Pas bahawa undi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, dibuktikan sendiri oleh Amanah, Bersatu dan PKR.
  • KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
  • KOTA BHARU - Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.