Ahmad Zahid beri nasihat terbaik buat Akmal Saleh

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan nasihat kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, dalam satu pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan ada menitipkan pesanan dan nasihat untuk pertimbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan hasil perbincangan bersama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu.
"Saya sudah bertemu dengannya (Dr Muhamad Akmal) tadi dan telah memberikan nasihat terbaik.
"Beliau akan mengumumkan hasil pertemuan itu esok,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen Kedua Sekolah Patriotik UMNO di WTCKL.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan Dr Muhamad Akmal bagi membincangkan kedudukannya dalam parti dan kerajaan.
Pada Isnin, Dr Muhamad Akmal memberitahu akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.
Ringkasan AI
- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi nasihat kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
- Pertemuan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur
- Ahmad Zahid tidak memperincikan hasil perbincangan
- Ahmad Zahid menyatakan Dr Muhamad Akmal akan mengumumkan hasil pertemuan itu
- Dr Muhamad Akmal akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka berhubung kedudukan jawatannya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

