'Isi hati dan hasrat telah saya luahkan' - Dr Akmal Saleh

Dr Muhamad Akmal
Dr Muhamad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan segala isi hati dan hasratnya telah disampaikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Muhamad Akmal menerusi laman Facebook berkata, beliau meluahkan perkara tersebut ketika bertemu dengan Ahmad Zahid pada Selasa.

"Isi hati dan hasrat telah saya luahkan sebentar tadi. Terima kasih Datuk Seri Zahid Hamidi atas nasihat dan kesudian mendengar

"Insya-ALLAH moga ini yang terbaik untuk perjuangan agama, bangsa, tanah air dan UMNO," ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mengesahkan beliau sudah bertemu dengan ketua sayap parti itu pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan hasil perbincangan tersebut dan memaklumkan Dr Muhamad Akmal akan mengumumkan hasil pertemuan itu esok. 

Media sebelum ini melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan yang disandangnya ketika ini selepas gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.

Dr Muhamad Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, bertemu dan menyampaikan isi hati kepada Presiden UMNO
  • Pertemuan tersebut berlangsung pada Selasa dan melibatkan perbincangan mengenai hal ahli politik itu dengan Ahmad Zahid Hamidi
  • Dr Muhamad Akmal menyatakan rasa terima kasihnya atas nasihat dan kesudian Ahmad Zahid mendengar keluhannya
  • Beliau memberi bayangan untuk berundur dari dua jawatannya selepas gesaan untuk UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan ditentang oleh Ahmad Zahid
  • Dr Muhamad Akmal juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!