Tiga maut, tiga lagi cedera nahas tiga kenderaan

Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang–Kuala Krai, Gua Musang pada Selasa. Foto:JBPM
Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang–Kuala Krai, Gua Musang pada Selasa. Foto:JBPM
A
A
A

GUA MUSANG – Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang–Kuala Krai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, enam mangsa terlibat dengan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Bilik Gerakan Polis pada jam 1.01 tengah hari sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 1.43 petang, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan dengan enam mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, enam mangsa terlibat dengan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, enam mangsa terlibat dengan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

“Daripada jumlah itu, tiga mangsa lelaki didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, dua lagi mangsa lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan serta diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, operasi menyelamat melibatkan seramai 11 anggota dengan bantuan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan van Urvan.

Artikel Berkaitan:

“Operasi turut melibatkan kerjasama PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan KKM bagi memastikan kerja-kerja menyelamat serta pengurusan mangsa berjalan lancar,” katanya.

Operasi menyelamat melibatkan seramai 11 anggota dengan bantuan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan van Urvan.
Operasi menyelamat melibatkan seramai 11 anggota dengan bantuan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan van Urvan.

Ringkasan AI

  • Tiga lelaki maut dan dua cedera termasuk seorang wanita dalam kemalangan di Kampung Paloh
  • Enam mangsa terlibat dengan tiga meninggal di lokasi kejadian
  • Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang terima panggilan kecemasan pada jam 1.01 tengah hari
  • Tiga mangsa lelaki tersepit dan disahkan meninggal dunia
  • Operasi menyelamat melibatkan 11 anggota dan kerjasama PDRM serta KKM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!