Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
A
A
A

SHAH ALAM - Pas sedia mengemudi Perikatan Nasional (PN) susulan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menerima hasrat Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur daripada jawatan Pengerusi gabungan itu.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah itu penting bagi menyusun hala tuju baharu PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Alhamdulillah, satu keputusan yang cukup baik dari mesyuarat MPT Bersatu yang menerima dengan terbuka hasrat Tan Sri Muhyiddin untuk berundur daripada posisi Pengerusi PN.

"Insya-ALLAH PN akan bergerak ke hadapan. Berikan Pas peluang untuk mengemudi teraju PN menghadapi PRU16. Kita bangkit mara ke Putrajaya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Bersatu dilapor mengadakan perjumpaan tertutup bersama MPT parti pada malam Isnin.

Muhyiddin memberitahu, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi PN.

Menurutnya, sebab dan musabab keputusan itu dibuat telah diperjelaskan secara terperinci kepada ahli yang terlibat.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pas sedia mengemudi Perikatan Nasional susulan Muhyiddin Yassin ingin berundur dari jawatan Pengerusi
  • Langkah ini diambil untuk menyusun hala tuju baru menjelang PRU16
  • MPT Bersatu menerima hasrat Muhyiddin dengan terbuka
  • Pas berharap diberi peluang mengemudi PN menghadapi PRU16
  • Muhyiddin menerangkan sebab peletakan jawatannya kepada ahli yang terlibat dalam mesyuarat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!