UMNO perlu balas serangan lawan - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - UMNO perlu lebih berani membalas serangan lawan sekiranya ingin kekal relevan dalam politik tanah air.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembaharuan itu penting dalam mempertahankan parti.
“Kita harus keluar dari kepompong lama, namun kita masih lagi boleh gunakan kaedah lama tapi dengan pendekatan baharu.
“Kaedah yang paling berkesan untuk mempertahankan diri adalah dengan menyerang,” katanya ketika berucap dalam Simposium Politik Era Digital Penerangan UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Rabu.
Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO tidak boleh lagi berdiam diri sekiranya diserang pihak lawan.
Ujarnya, UMNO perlu mengambil iktibar daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan kerajaan dipimpin parti berkenaan tumbang.
“Oleh itu, dalam tempoh 22 bulan menjelang PRU16, UMNO perlu mengemaskini penerangan parti bukan sahaja mempertahankan parti, tetapi juga menyerang naratif pihak lawan,” katanya.
Ringkasan AI
- UMNO perlu lebih berani membalas serangan lawan untuk kekal relevan
- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan kepentingan pembaharuan dalam mempertahankan parti
- Ahmad Zahid mencadangkan pendekatan serang sebagai kaedah pertahanan yang paling berkesan
- UMNO disaran tidak berdiam diri apabila diserang oleh pihak lawan
- Ahmad Zahid mengambil iktibar dari kekalahan UMNO dalam PRU14 dan menggesa pembaharuan strategi sehingga PRU16
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

