Ahmad Zahid sahkan akan jumpa Akmal Saleh petang ini

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh petang ini.
"Beliau akan jumpa saya petang ini, saya tak tahu apa keputusan beliau (mengenai kedudukannya dalam parti dan kerajaan),” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia di sini pada Selasa.
Semalam, Dr Muhamad Akmal berkata, beliau akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.
Dr Muhamad Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Media sebelum ini melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan yang disandangnya ketika ini selepas gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid. - Bernama
Ringkasan AI
- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
- Ahmad Zahid tidak pasti tentang keputusan Dr Muhamad Akmal mengenai kedudukannya dalam parti dan kerajaan
- Dr Muhamad Akmal bersedia mengikut keputusan yang dibuat oleh Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
- Dr Muhamad Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka
- Dr Muhamad Akmal berfikir untuk berundur dari dua jawatan yang disandang selepas gesaannya untuk UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif dari Ahmad Zahid
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
