SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol ‘Sayangi Selangor’ kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar.

“Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini.

“Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Shukor yang juga Adun Kuang turut menjelaskan bahawa kesilapan teknikal seperti ini hanyalah kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk mengaburi atau mengelirukan pengundi seperti didakwa.

“BN Selangor memohon maaf kepada pengundi-pengundi terbabit atas kesilapan yang berlaku. Kami akan menghantar semula surat pembetulan dan permohonan maaf dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung dakwaan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menggesa BN Selangor menghentikan tindakan mengelirukan rakyat dengan menukarkan tempat mengundi pengundi sesuka hati untuk kepentingan parti mereka.

Dr Halimah dalam kenyataannya mendakwa, terdapat tiga pengundi dari Dun Selat Klang yang menghantar surat aduan kepadanya yang menyatakan Dun dan Parlimen mengundi mereka ditukar ke kawasan lain pada surat Selamat Tahun Baru dengan simbol ‘Sayangi Selangor’ daripada BN Selangor yang diterima mereka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - BN menghormati dan mengambil sikap berlapang dada berhubung hasil kajian soal selidik PRA-PRU yang dilaksanakan oleh Sinar Harian, baru-baru ini.
  • SHAH ALAM - Pengerusi Parti Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mereka yang memberi undi kepada Pas, sama seperti mengundi BN.
  • SHAH ALAM - Parti Amanah mengutuk insiden provokasi dan kekecohan petang semalam dalam program Nothing To Hide 2.0 yang menampilkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • SHAH ALAM - Struktur baharu Pakatan Harapan mengumumkan senarai kepimpinannya semalam jelas memperlihatkan gabungan itu carca merba kerana meletakkan tiga nakhoda dalam satu kapal.
  • SHAH ALAM - BN/Umno perlu mengemukakan polisi alternatif yang lebih diyakini berbanding Kerajaan Selangor dalam meraih undi pada PRU14 nanti.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.