Kes tipu umrah: Jumlah kerugian cecah RM2.1 juta

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kerugian bagi kes tipu umrah melibatkan sebuah syarikat pelancongan kontroversi di Sepang, Selangor dianggarkan mencecah RM2.1 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima lapan laporan setakat ini.

Beliau berkata, seramai lapan individu telah ditahan termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat terbabit.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang terlibat dalam kes ini seramai 379 orang.

"Kita juga menggesa mana-mana mangsa lain untuk kes ini untuk tampil buat laporan bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pasangan syarikat umrah berusia 31 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kira-kira jam 7 petang di Kuala Lumpur pada Rabu.

Siasatan awal mendapati syarikat itu mula menjalankan perniagaan semenjak 2022, namun berpindah ke premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lalu.

Pada Selasa, kecoh di media sosial apabila kira-kira lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci namun ditunda syarikat pengendali umrah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, Pengarah Urusan Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan insiden itu dan menawarkan tiga penyelesaian termasuk pemulangan 100 peratus pengembalian wang jemaah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!