Lebih 300 terkandas: 20 jemaah umrah terima semula wang setakat Rabu

Ena ketika dalam sidang media pada Rabu.
Ena ketika dalam sidang media pada Rabu.
A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Seramai 20 daripada 379 jemaah menerima semula wang selepas pihak syarikat pengendali umrah gagal menerbangkan jemaah ke Tanah Suci.

Pengarah Mind Pro Management mewakili pihak jemaah, Ena Awil berkata, dua jemaah telah menerima pembayaran itu pada Rabu, selain 18 mangsa lain pada Selasa.

"Jemaah yang menjadi mangsa ini bukan sahaja akan jadi 300, kemungkinan akan jadi 1,000 lebih.

"Sehingga Selasa, kami membuat pengiraan jumlah keseluruhan tuntutan kesemua mangsa ialah RM2.13 juta, itu melibatkan 379 jemaah sahaja.

"Namun, syarikat hanya bayar sekitar RM13,400 sahaja kepada dua jemaah hari ini,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Ena menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh jemaah pada Selasa.
Ena menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh jemaah pada Selasa.

Peguam yang mewakili jemaah, Raudah Rais & Associates, Siti Raudah Mohd Rais pada Rabu berkata, seramai 18 daripada 379 jemaah menerima semula wang selepas pihak syarikat pengendali umrah gagal menerbangkan jemaah ke Tanah Suci.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan pada Selasa berkata syarikat pengendali umrah itu berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari.

Ujar Ena yang merupakan penasihat undang-undang di sebuah firma menggesa supaya pihak polis hadir ke syarikat tersebut dan campur tangan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, pemilik syarikat tersebut perlu tampil bagi memberi penjelasan kepada jemaah berhubung isu berkenaan.

"Kami tidak mahu tutup nasi syarikat ini, tetapi sekiranya buat silap, jangan lari. Beri penjelasan kepada jemaah.

"Jemaah ada datang daripada Brunei dan Singapura, jadi jangan malukan negara ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!