Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci

IPOH - Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Taman Marisa, Taiping hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada polis pada 1.42 tengah hari.
"Bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan terdapat wanita berusia 83 tahun ditemukan di ruang tamu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping ditamatkan pada 2.25 petang selepas mayat diserahkan kepada polis.
Ringkasan AI
- Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam rumah berkunci di Taman Marisa, Taiping
- Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak menerima panggilan dari polis pada 1.42 tengah hari
- Bomba membuka pintu dengan peralatan khas dan menemukan mayat wanita berusia 83 tahun di ruang tamu
- Operasi penyelamat oleh Balai Bomba dan Penyelamat Taiping ditamatkan pada 2.25 petang
- Mayat diserahkan kepada polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
