Kehilangan Nawal Shahirah: Telefon bimbit, Ipad dikesan kali terakhir aktif pada Selasa malam

KUALA LUMPUR – Kehilangan seorang pelajar Universiti Malaya (UM) sejak Selasa lalu terus menimbulkan kebimbangan apabila telefon bimbit dan iPad miliknya dilaporkan terakhir aktif dikesan pada malam yang sama, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keselamatannya.
Menurut hebahan yang tular di media sosial, pelajar terbabit dikenal pasti sebagai Nawal Shahirah Mohd Jamil, 23, pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.
Difahamkan, Nawal tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan tempat kediamannya di Ryan & Miho, Petaling Jaya pada Selasa malam, 27 Januari lalu.
Susulan penularan kes berkenaan, Universiti Malaya (UM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan sedang bekerjasama rapat dengan pihak polis bagi membantu mengesan pelajar terbabit.
UM memaklumkan pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil langkah segera untuk berhubung dengan pihak berkuasa serta keluarga Nawal bagi menyalurkan bantuan dan sokongan sewajarnya.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih demi menghormati proses siasatan serta menjaga privasi semua pihak yang terlibat,” katanya.
UM turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan rasmi mengenai kes tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, sambil berharap pelajar berkenaan dapat ditemui dengan selamat.
Kes kini dalam siasatan polis.
Ringkasan AI
- Kehilangan Nawal Shahirah Mohd Jamil, pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UM sejak Selasa malam
- Telefon bimbit dan iPad Nawal dikesan terakhir aktif malam kehilangannya
- Nawal tidak dapat dihubungi setelah meninggalkan kediaman di Petaling Jaya
- Universiti Malaya bekerjasama dengan polis untuk mengesan keberadaan Nawal
- UM mengambil langkah serius dalam isu ini, memberi bantuan kepada keluarga dan meminta orang ramai menghormati proses siasatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
