'Kita tidak pinda perlembagaan tiap-tiap hari' - Khaled Nordin

Mohamed Khaled (empat dari kiri) melawat ruang pameran dan diberikan taklimat oleh petugas program.
Mohamed Khaled (empat dari kiri) melawat ruang pameran dan diberikan taklimat oleh petugas program.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Langkah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mahu keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat adalah hak mereka, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Naib Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan walaupun kini didakwa hilang sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Itu hak dia. Bukan kita bergerak memerlukan (sokongan majoriti) dua pertiga hanya kalau dia rasa hendak pinda perlembagaan tetapi kita tidak pinda perlembagaan tiap-tiap hari," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Minggu TVET Digital Polycc 2023 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Zahari Ismail.

Mohamed Khaled (duduk, tengah) pada Majlis Perasmian Penutup Minggu TVET Digital Polycc 2023 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Isnin.
Mohamed Khaled (duduk, tengah) pada Majlis Perasmian Penutup Minggu TVET Digital Polycc 2023 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Isnin.

Pada Ahad, Muda secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan memilih untuk menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Antara sebab utama tindakan itu kerana langkah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhir-akhir ini dilihat bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Walaupun Muda hanya mempunyai satu kerusi Parlimen Muar disandang Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun tindakan parti itu menarik sokongan mengakibatkan Kerajaan Perpaduan hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Tindakan Muda itu menyebabkan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri kini hanya mempunyai 147 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu kurang satu kerusi untuk memudahkan mereka melepasi sebarang undian bagi meluluskan sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan, pada masa depan.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled percaya sekiranya perlembagaan mahu dipinda ia mesti bermatlamat untuk sesuatu yang baik untuk negara maka pastinya akan disokong semua parti untuk mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga.

"Secara khususnya apabila sampai masanya nanti kita akan tengoklah macam mana," ujarnya.

Ketika ditanya adakah respons tersebut juga bermaksud Kerajaan Perpaduan mempunyai strategi-strategi tertentu, beliau bagaimanapun menafikannya sebaliknya menjelaskan tidak semua perkara memerlukan sokongan dua pertiga.

"Tidak begitu kerana bukan semua benda perlukan dua pertiga, sesetengah undang-undang dan sesetengah perkara hanya memerlukan majoriti mudah.

"Ada perkara perkara mungkin melibatkan reform dan sebagainya misalnya pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya dan kalau ada sesetengah parti dari sebelah sana merasakan bahawa itu perlu untuk negara mengapa tidak memberikan sokongan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga

'Kalian semua juga perlu kosongkan kerusi' - Syed Saddiq

Semoga episod ngeri bersama Muda jadi pengajaran - Fadhli Umar

Muda tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Syed Saddiq

Syed Saddiq menang di Muar dengan sokongan DAP, PH - Anthony Loke

'Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen' - Mohd Puad

Muda tahu impak tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Muda ancam tarik sokongan Kerajaan Perpaduan