Kerajaan hilang majoriti dua pertiga

Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

BIARPUN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hanya mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Muar yang disandang oleh Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun tindakan parti berkenaan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan mengakibatkan Kerajaan Perpaduan hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Tindakan Muda itu menyebabkan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini hanya mempunyai 147 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu kurang satu kerusi untuk memudahkan mereka melepasi sebarang undian bagi meluluskan sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan, pada masa depan.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan Muda menarik sokongan, meberikan sedikit kesan kepada Kerajaan Perpaduan kerana kehilangan kuasa majoriti dua pertiga untuk meluluskan usul sebarang pindaan melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Baca berita penuh di Sinar Premium

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!