Lima sekeluarga ditemui mati disyaki dibunuh

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai 2, Taman Cerating Damai, di sini pada Selasa.
Mangsa terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun.
Kejadian disedari oleh salah seorang ahli keluarga yang kebetulan pulang dari kerja kira-kira jam 6.30 pagi.
Pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Sidang media akan diberikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.
Ringkasan AI
- Lima sekeluarga ditemui mati dibunuh di Taman Cerating Damai, Kuantan
- Mangsa termasuk seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun
- Kejadian disedari oleh ahli keluarga yang pulang kerja pada jam 6.30 pagi
- Polis masih menjalankan siasatan
- Ketua Polis Pahang akan mengadakan sidang media
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
