Nahas Elmina: 10 pakar AS bantu siasatan di lapangan hari ini

Siasatan dan proses mengumpul sisa nahas pesawat Beechcraft 390 yang terhempas di Elmina, Shah Alam diteruskan pada Isnin.
Siasatan dan proses mengumpul sisa nahas pesawat Beechcraft 390 yang terhempas di Elmina, Shah Alam diteruskan pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Siasatan dan proses mengumpul sisa nahas pesawat Beechcraft 390 yang terhempas di Elmina, dekat sini diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi di lapangan oleh BSKU itu turut dibantu oleh sekumpulan pakar dari Amerika Syarikat (AS).

Mohd Iqbal menunjukkan lokasi siasatan dan kerja-kerja pengumpulan sisa nahas pesawat.
Mohd Iqbal menunjukkan lokasi siasatan dan kerja-kerja pengumpulan sisa nahas pesawat.

Beliau berkata, seramai 10 tenaga pakar dari AS tiba di Malaysia pada Ahad malam, seterusnya ke lokasi kemalangan pagi Isnin.

"Pasukan pakar dari AS itu akan berada di negara ini antara tujuh hingga 10 hari bagi menjalankan siasatan.

"Proses siasatan kemungkinan akan mengambil masa kerana banyak komponen kecil masih ada di lokasi kejadian," katanya dalam sidang akhbar ringkas pada Isnin.

Siasatan dijalankan BSKU bagi mengenal pasti punca nahas pesawat Beechcraft 390.

Mohd Iqbal berkata, selain pakar AS, terdapat lapan petugas daripada BSKU terlibat secara langsung di lapangan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, dua wakil syarikat pengurusan insurans dari Singapura turut turun ke lokasi kejadian bagi membuat penilaian.

Kata beliau, semua barang kes akan dibawa ke hanger untuk siasatan dan analisa lanjut.

Tambahnya lagi, wakil syarikat daripada pemilik pesawat akan berada di lokasi kejadian pada Isnin.

Mohd Iqbal berkata, proses mengutip sisa kemalangan dijangka disiapkan sepenuhnya hari ini berdasarkan maklumat daripada BSKU.

BSKU turut dibantu oleh sekumpulan pakar dari AS.
BSKU turut dibantu oleh sekumpulan pakar dari AS.

Meskipun proses kerja lapangan akan siap pada hari ini, katanya, pihak polis akan terus berada di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Jelasnya, polis tidak mahu sebarang aktiviti atau kehadiran pihak tidak berkenaan di tapak kejadian.

"Polis akan terus memberi kerjasama terbaik bagi memastikan urusan di tempat kejadian berjalan lancar.

"Malah unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membantu pihak berkuasa menguruskan kes kemalangan pesawat ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'

Nahas Elmina: Juruterbang Shahrul Kamal anak yang baik - Ibu

Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga

Anak sulung ketuai perjalanan terakhir Khairil Azwan

Nahas Elmina: Adik nekad teruskan legasi kebaikan Ustaz Deris

Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan

Juruterbang Heikal Aras taat ibu bapa, tak pernah tinggi suara - Abang

Tolong jaga anak-anak, pesan Mohammad Taufiq kepada ibu

Jenazah Shaharul Amir dikebumikan mengikut istiadat TLDM