PRU15: Samsuri persoal kenyataan Pas tidak boleh perintah negara

Samsuri (duduk, dua kanan) bersama penduduk Kampung Langgar, di sini, pada petang Sabtu
Samsuri (duduk, dua kanan) bersama penduduk Kampung Langgar, di sini, pada petang Sabtu
A
A
A

HULU TERENGGANU - Kenyataan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa negara bakal berdepan masalah jika Pas diberi peluang memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diselar pimpinan Pas.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Pas telah membuktikan kejayaan mereka dalam penyertaan mereka bersama kerajaan di peringkat negeri dan nasional dalam tempoh yang singkat itu.

“Itu pandangan dia, terpulanglah kalau nak terima atau tidak. Kenapa pula Pas dilihat tidak mampu untuk bersama membentuk sebuah kerajaan gabungan dalam kerajaan persekutuan.

“Saya ini dalam ‘wave forward’ dan kita akan teruskan di masa hadapan. Insya-ALLAH selepas 19 November nanti kita akan membentuk kerajaan lebih kuat di peringkat nasional,” katanya kepada media pada Program Santai Minum Petang Masyarakat Setempat di Kampung Langgar, di sini pada petang Sabtu.

Pada masa sama juga, Samsuri selaku Menteri Besar Terengganu berkata, tidak sewajarnya pendekatan agama yang digunakan Pas dan Perikatan Nasional (PN) dijadikan isu kerana masyarakat tidak dapat lari daripada kehidupan beragama.

Ahmad Marzuk Shaary
Ahmad Marzuk Shaary

“Itu (bercakap soal agama) adalah kehidupan kita, tidak dapat lari daripada kehidupan beragama, jadi sama ada kita berpolitik, makan, minum, tidur dan sebagainya semua mestilah berlandaskan panduan agama. Dalam politik pun begitu, kena selitkan panduan Islam, jadi kenapa itu menjadi satu isu," katanya.

Sebelum ini, Mahathir mendakwa negara akan berdepan lebih banyak masalah sekiranya rakyat memberi peluang kepada Pas untuk memerintah selepas PRU15 dan turut mendakwa terdapat pemimpin Pas yang cenderung memperalatkan agama untuk tujuan politik mereka.

Artikel Berkaitan:


PN tidak tergugat pertembungan lima penjuru di Pengkalan Chepa

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) yakin rakyat di Parlimen Pengkalan Chepa akan memberikan sokongan yang padu kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).

Calon PN, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, walaupun berdepan pertembungan sengit lima penjuru di kawasan itu namun pihaknya percaya ia tidak akan menggugat kedudukan parti itu untuk memenangi kerusi di Parlimen berkenaan.

“Saya mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan ahli politik lain di situ. Walaupun Pengkalan Chepa menyaksikan pertembungan lima penjuru ianya tidak menggugat Pas untuk menang tapi apa yang penting ialah rakyat dapat menggambarkan warna warni demokrasi.

“Rakyat di Pengkalan Chepa juga mampu menilai parti yang bertanding berdasarkan rekod pencapaian terdahulu malah sehingga penggal yang lalu mereka masih memilih Pas sebagai wakil.

“Ini juga sama seperti rakyat Kelantan yang masih memilih Pas sebagai kerajaan yang mentadbir di negeri ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Bangunan Pas Negeri Kelantan di sini.

Tambah beliau, wawasan dan visi yang masih dan sedang dalam perancangan akan dilaksana bagi membolehkan rakyat di kawasan itu terus mendapat manfaat.

“Antara misi Pas untuk rakyat di Parlimen itu adalah Perlindungan Dhuafat, Perindustrian dan Hub logistik; Pembangunan Insfrastruktur; Pelancongan dan Pendidikan.

“Justeru, saya berpuashati dan seronok berkhidmat untuk Parlimen ini kerana rakyatnya sangat sopan santun dan ramah dalam berurusan. Saya menaruh keyakinan Pas akan menang majoriti di Pengkalan Chepa,” katanya.