SAMM bakal adakan mobilisasi jika PM tak respons

Badrul (empat dari kiri) bersama sebahagian ahli SAMM selepas pelancaran Gerakan Rakyat pada Isnin.
Badrul (empat dari kiri) bersama sebahagian ahli SAMM selepas pelancaran Gerakan Rakyat pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyenaraikan lima perkara berhubung ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri.

Presidennya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, antaranya adalah kegagalan menyelesaikan kos sara hidup rakyat yang dilihat semakin menekan.

"Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal mengawal kabinet kerajaan termasuk keadaan sekarang tekanan undang-undang turut disifatkan makin meningkat.

"Keempat, keharmonian kaum makin terjejas apabila Perdana Menteri gagal mengawal DAP, ini berlaku disebabkan melanggar kontra sosial dan Perlembagaan Negara dan tiada tindakan dilakukan.

"Justeru, jika tiada tindak balas daripada kerajaan, kurang daripada 60 hari (untuk respons), akan ada mobilisasi besar-besaran," katanya selepas pelancaran Gerakan Rakyat pada Isnin.

Tambah Badrul, perkara berkenaan berlaku disebabkan Anwar tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dengan sebaik mungkin.