Hamzah belum kena buang lagi - ADUN Kedah

KUALA LUMPUR - Pemecatan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak diputuskan dalam perjumpaan khas di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad.
Pengesahan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.
“Cakap dekat office (pejabat) boleh balik. Hamzah belum kena buang lagi,” katanya ringkas kepada pemberita di luar kediaman Muhyiddin di sini.
Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara yang hadir dalam perjumpaan tersebut.
Difahamkan Hamzah tidak menyertai pertemuan khas berkenaan.
Mohamed Azmin sebelum ini dilapor berkata, satu perjumpaan khas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bakal berlangsung di kediaman Muhyiddin.
Mesyuarat itu berlangsung ketika pertelagahan kepimpinan Bersatu semakin memuncak dengan desakan yang semakin memuncak antara kem Muhyiddin dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ringkasan AI
- Pemecatan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak diputuskan dalam perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin Yassin
- Pengesahan dibuat oleh ADUN Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
- Perjumpaan khas dihadiri oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
- Hamzah Zainudin tidak menyertai perjumpaan tersebut
- Mesyuarat berlangsung ketika pertelagahan kepimpinan dalam Bersatu semakin memuncak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

