Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin

Kawasan kediaman Muhyiddin menjadi tumpuan pada Ahad.
Kawasan kediaman Muhyiddin menjadi tumpuan pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menjadi tumpuan susulan perjumpaan khas yang berlangsung pada malam Ahad.

Antara pemimpin parti yang hadir ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu yang berpagar serta berpengawal.

Difahamkan, pertemuan berkenaan turut diadakan bersempena menyambut kedatangan Ramadan.

Sebelum ini, Mohamed Azmin dilaporkan memaklumkan bahawa satu perjumpaan khas melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijadualkan berlangsung di kediaman Muhyiddin pada Ahad.

Perjumpaan itu diadakan ketika pertelagahan kepimpinan dalam Bersatu dilihat semakin memuncak, khususnya susulan desakan dan ketegangan yang semakin ketara antara kem Presiden parti dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan susulan perjumpaan khas
  • Pemimpin parti termasuk Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir
  • Media tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman
  • Pertemuan diadakan bersempena menyambut kedatangan Ramadan
  • Perjumpaan itu berlangsung ketika pertelagahan kepimpinan dalam Bersatu semakin memuncak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!