Alami pendarahan serius dalam perut, pelakon Along Eyzendy meninggal dunia

Allahyarham Along Eyzendy
Allahyarham Along Eyzendy
A
A
A

SERDANG - Pelakon Along Eyzendy dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah di sini kira-kira jam 12.16 pagi pada Ahad.

Khabar duka itu disahkan oleh isterinya iaitu Hamidah Mohd Yatim yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.

Malah rakan-rakan selebriti turut berkongsi berita duka itu menerusi sosial media mereka.

Antaranya pelakon Fadhli Masoot menerusi Instastory memberitahu dia sempat menziarahi arwah di unit rawatan rapi (ICU) pada petang Sabtu.

“Terdetik nak pergi melawat, terus gerak. Sampai-sampai saja lagi 4 minit untuk waktu melawat 4:30. Security siap iring sampai depan ICU (sebab first time datang hospital besar sini).

“Masuk je, lemah lutut ni long bila tengok hang. Ni baru sampai rumah dapat berita Along dah tinggalkan kitorang. Mohon sedekahkan Al- Fatihah buat Allahyarham Along Ezandy. Jumpa lain waktu ya?” kongsinya.

Pada Khamis lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Sebelum itu arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Untuk rekod, Along merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak memulakan kerjaya sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada 2003.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham pernah membintangi filem terkenal seperti Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, dan Mat Moto.

Selain itu, arwah turut aktif dalam beberapa drama seperti Bini-Bini Perkasa, Keranamu Laila, Sanggul Beracun, Keranamu Laila dan banyak lagi.

Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Hamidah Mohd Yatim dan tiga orang anak. - Astro Awani

Ringkasan AI

  • Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah
  • Isterinya, Hamidah Mohd Yatim, mengesahkan kematian berlaku di sisi keluarga
  • Rakan selebriti turut berkongsi berita duka di media sosial
  • Along ditidurkan di ICU akibat pendarahan serius dalam perut
  • Along Eyzendy terkenal dengan peranan dalam filem dan drama serta meninggalkan seorang balu dan tiga anak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!