[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: BN berjaya menang dua pertiga

Ahmad Zahid bersama Hasni dan para penyokong BN mengangkat tangan ketika mendengar pengumuman tidak rasmi PRN Johor. -Foto Bernama
Ahmad Zahid bersama Hasni dan para penyokong BN mengangkat tangan ketika mendengar pengumuman tidak rasmi PRN Johor. -Foto Bernama
A
A
A

[LAPOR LANGSUNG] - Hari ini rakyat Johor mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 bagi memilih kerajaan negeri baharu, menyaksikan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun merasai pengalaman mengundi buat pertama kalinya.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi bersedia membuka pintu bermula 8 pagi, bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagi proses pengundian hari ini, pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.

Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang. Pusat-pusat mengundi lain akan ditutup pada 6 petang.

SPR menyasarkan peratus keluar pengundi sebanyak 70 peratus

Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PRN Johor hari ini, adalah pilihan raya pertama di negara ini bagi anak muda merasai sendiri pengalaman keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat, melibatkan 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun.

Artikel Berkaitan:


Ikuti laporan langsung proses pengundian dan keputusan PRN Johor bersama kami:


11.22pm - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional memenangi 29 daripada 56 kerusi DUN dalam PRN Johor Ke-15.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, setakat jam 11.05 malam tadi, jumlah diumumkan itu membolehkan BN memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Johor yang baharu.


10.58pm - Keputusan rasmi SPR BN menang di N3 Pemanis, N5 Tenang, N6 Bekok, N8 Bukit Pasir, N9 Gambar, N11 Serom, N16 Sungai Balang, N18 Sri Medan, N19 Yong Peng, N25 Rengit, N27 Layang-layang, N30 Paloh, N31 Kahang, N33 Tenggaroh, N35 Pasir Raja, N36 Sedili, N37 Johor Lama, N38 Penawar, N44 Larkin, N53 Benut, N54 Pulai Sebatang, N55 Pekan Nanas, N56 Kukup.

Manakala PH menang di N2 Jementah, N12 Bentayan, N48 Skudai, N46 Perling. PN menang di N7 Bukit Kepong, N15 Maharani, N32 Endau. PKR menang di N51 Bukit Batu.


10.50pm - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan BN berjaya melepasi 38 kerusi daripada 56 kerusi DUN

Ini sekaligus membolehkan kerajaan dibentuk secara dua pertiga.


10.25pm - BN menang kerusi N49 Kota Iskandar dengan majoriti 4,800 undi. BN mendapat 23,170 undi, PH (18,370) PN (12,644) Pejuang (1,624).

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan setakat ini BN telah memenangi 31 kerusi.

Dapatkan keputusan:


1024pm - Calon BN Abd Mutalip Abd Rahim menewaskan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam perebutan untuk mendapatkan kerusi DUN Layang-Layang dengan majoriti 2,815.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Abd Mutalip berjaya memperolehi 7,551 manakala Maszlee yang bertanding atas tiket PKR (4,736).

Artikel Penuh:


10.23pm - Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mempertahankan kerusi DUN Benut dengan majoriti 5,859 undi.

SPR mengesahkan Hasni yang mendapat 10,896 undi menewaskan calon PN, Senator Datuk Isa Ab Hamid yang mendapat 5,037 undi.

Calon PKR, Haniff@Ghazali Hosman memperolehi 1,200 undi dan calon Parti Pejuang, Iskandar Noor Ibrahim (139).


10.20pm - Penyandang kerusi DUN Endau, Alwiyah Talib yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusinya dengan majoriti 3,041 undi.

SPR mengesahkan Alwiyah yang mendapat undi sebanyak 8,433 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Youzaimi Yusof (5,392).

Artikel Penuh:


10.15pm - BN memenangi N26 Machap dengan majoriti 3,016. BN mendapat 11,082 undi, PN (4,447) Muda (3,503) Pejuang (476).

BN turut menang kerusi N31 Kahang. BN mendapat 10,486 undi, PN (3,788) PH (2,181) Pejuang (273)

Dapatkan keputusan:


9.50pm - SPR mengesahkan BN memenangi dua kerusi DUN iaitu DUN Johor Lama dan DUN Yong Peng setakat jam 9.50 malam tadi.

Dua calon tersebut ialah Norliza Noh yang memenangi DUN Johor Lama dan Ah Soon (DUN Yong Peng).

Artikel Penuh:


9.40pm - N3 Pemanis berjaya dimenangi BN dengan majoriti 4,270 setelah kesemua 60 saluran dikira. BN mendapat 8,569 undi, PKR (4,299) PN (3,854) Pejuang (414)

BN turut menang kerusi N5 Tenang majoriti 1,706 dan N27 Layang-layang dengan 3,016 majoriti.

Manakala, N51 Bukit Batu PKR memenangi dengan majoriti 115 undi. PKR mendapat 9,417 undi, BN (9,302) PN (4,011) Warisan (1,349).

Dapatkan keputusan:


9.05pm - DUN Kukup secara rasmi menjadi kerusi pertama milik Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor.

Calon BN, Datuk Jefridin Atan berjaya meraih kemenangan dengan majoriti sebanyak 8,106 undi meninggalkan calon-calon lain.

Artikel Penuh:

Jefridin Atan
Jefridin Atan


8.46pm - N41 Puteri Wangsa masih menyaksikan saingan sengit antara BN dan Muda dengan perbezaan 94 undi. Setelah 101 saluran dikira, Muda (10,244) BN (10,150) PN (5,507) Parti Bangsa (1,163) Bebas (223)

Masih ada 83 saluran lagi belum dikira.

Dapatkan keputusan:


8.40pm - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan umum secara tidak rasmi BN mendahului di 42 daripada 56 kerusi DUN setakat 8.40 malam.

BN dilhat boleh membentuk kerajaan dengan majoriti dua per tiga.

No Image Caption


8.37pm - PH mendahului di N10 Tangkak, N12 Bentayan, N13 Simpang Jeram, N21 Parit Yaani, N23 Panggaram, N28 Mengkib, N42 Johor Jaya, N48 Skudai, N52 Senai.

N12 Bentayan dijangka akan dimenangi PH dengan 64 dari 68 saluran telah dikira, PH mendapat majoriti 6,983 undi.

Dapatkan keputusan:


8.33pm - BN hampir pasti memenangi N56 Kukup dengan tinggal tiga saluran lagi, BN mendahului dengan majoriti 7,247 undi.

BN mendapat 10,333, PKR (3,086) PN (2,980) Pejuang (856).

Dapatkan keputusan:


8.30pm - Saingan sengit di N51 Bukit Batu antara BN dan PKR, setelah 49 saluran dikira BN mendahului dengan 5,513, PKR (5,457) PN (2,483) Warisan (795).

Pada PRU14 yang lalu, kerusi N51 Bukit Batu dimenangi oleh PKR.

Dapatkan keputusan:


8.25pm - Proses pengiraan undi di Dewan Raya Taman Century di sini didakwa terhenti seketika, gara-gara bekalan elektrik terputus apabila genset (set janakuasa) berhenti beroperasi secara tiba-tiba.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam ciapannya mendakwa, ‘blackout’ itu terjadi sewaktu proses pengiraan undi sedang rancak berjalan.

Artikel Penuh:


8.20pm - PH mendahului di N42 Johor Jaya dengan mendapat 13,821 undi BN (10,093) PH (4,011) Warisan (795), setelah 98 saluran dikira.

PH turut mendahului di N48 Skudai dan N52 Senai, manakala PKR mendahului di N51 Bukit Batu.

Dapatkan keputusan:


810pm - Barisan Nasional (BN) setakat ini mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BN dilihat mendahului parti-parti lain dengan 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Artikel Penuh:


8.07pm - BN dilihat mendahului di N41 Puteri Wangsa walaupun mendapat saingan sengit daripada Muda, setelah 63 saluran dikira, BN mendapat 6,555 undi Muda (5,846) PN (3,644) Pejuang (927) Warisan (674) Bebas (132).

Selain itu, BN turut mendahului di N40 Tiram dengan majoriti 1,529 setelah mendapat 6,634, PN (5,105) PKR (3,154) Pejuang (426) Warisan (253) Bebas (83).

Dapatkan keputusan:


8.pm - BN dilihat semakin mendahului di N31 Kahang, setelah 32 saluran dikira, BN mendapat 5,363 undi PN (1,714) PH (1,644) Pejuang (130).

Selain itu, BN turut selesa mendahului di N29 Mahkota dengan majoriti 2,301 dan N30 Paloh dengan majoriti 1,766.

Dapatkan keputusan:


7.40pm - PN mendahului di N15 Maharani dengan mendapat 1,155 undi BN (1,056) PH (749) Pejuang (51) Bebas (61) Warisan (34), setelah 11 saluran dikira.

Manakala di N22 Parit Raja BN semakin mendahului dengan mendapat 3,006 undi, PN (1,664) Muda (1,414) Pejuang (146).

Dapat keputusan:


7.26pm - BN turut mendahului di N25 REngit, N26 Machap, N27 Layang-layang.

N7 Bukit Kepong menyaksikan saingan sengit antara BN dan PN yang mana selepas 11 saluran dikira PN mendahului dengan 67 undi. PN mendapat 987 undi BN (920), Muda (371) Pejuang (29)

Dapat keputusan:


7.05pm - PH pula mendahului di N12 Bentayan, N21 Parit Yaani, N23 Penggaram, N28 Mengkib, N46 Perling dan N52 Senai, manakala PKR mendahului di N17 Semerah majoriti 282 setelah 9 saluran dikira.

PN sedang mendahului di N44 Larkin, manakala Muda sedang mendahului di N5 Tenang.

Dapat keputusan:


6.40pm - Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului lebih 30 kerusi termasuk di N30 Paloh, BN mendahului 698 undi setelah 8 saluran dikira manakala N42 Johor Jaya pula BN mendahului majoriti 361 setelah dua saluran dikira.

BN turut mendahului di N1 Buloh Kasap, N2 Jementah, N3 Pemanis, N4 Kemelah, N8 Bekak, N8 Bukit Pasir, N9 Gambir, N10 Tangkak, N11 Serom, N14 Bukit Naning, N15 Maharani, N17 Semerah, N18 Sri Medan, N19 Yong Peng, N21 Parit Yaani, N24 Senggarang, N29 Mahkota, N31 Kahang, N32 Endau, N33 Tenggaroh, N34 Panti, N50 Bukit Permai, N51 Bukit Batu, , N53 Benut, N54 Pulai Sebatang, N55 Pekan Nanas dan N56 Kukup.


6pm - Proses pengundian tamat pada jam 6 petang dan proses kiraan kertas undi sedang berjalan di 1,021 pusat mengundi bagi PRN Johor.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dari 4,638 saluran dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan malam ini.


5.50pm - Peratusan keluar mengundi yang rendah pada PRN Johor pada Sabtu sememangnya sudah dijangka dari awal ekoran dilihat berlaku kelesuan politik dalam kalangan pengundi ketika ini.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, kelesuan itu dipengaruhi rasa muak dan kecewa pengundi terhadap keadaan politik tanah air.

Artikel Penuh:

Sebahagian daripada pengundi yang selesai membuang undi di pusat mengundi Dewan Kampung Melayu Majidee pada Sabtu.
Sebahagian daripada pengundi yang selesai membuang undi di pusat mengundi Dewan Kampung Melayu Majidee pada Sabtu.


5.40pm - Datuk Seri Hasni Mohammad tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disebabkan pengundi bimbang dengan penularan Covid-19.

Hasni yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut berkata, kebimbangan itu menyebabkan pengundi tidak ghairah keluar mengundi pada PRN Johor hari ini.

Artikel Penuh:


5.15pm - Pelaksanaan Undi 18 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memberi pengalaman baru kepada anak-anak muda untuk mengundi.

Salah seorang pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Mohd Alif Othman Johar, 20, akui teruja kerana menjadi sebahagian daripada sejarah baru untuk PRN Johor.

Artikel Penuh:

Gambar dari kiri: Mohd Alif, Wei Zheng
Gambar dari kiri: Mohd Alif, Wei Zheng


4.54pm - SPR merekodkan peratusan keluar mengundi 50 peratus, setakat jam 4 petang.


4.15pm - Datuk Seri Hasni Mohammad membuang undi di SK Pengkalan Raja Pekan Nanas, Johor, pada jam 4.10 petang hari ini.

No Image Caption


4.10pm - Seorang wanita dikenakan kompaun RM1,000 kerana hadir untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam keadaan positif Covid-19 pada Sabtu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNK), Datuk Dr Aman Rabu berkata, notis kompaun itu dikeluarkan Pegawai Penguat Kuasa JKNJ kira-kira jam 11.45 pagi di pusat mengundi Dewan Kampung Melayu di sini.

Artikel Penuh:


4.05pm - Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mempertikaikan tindakan parti lawan yang masih berkempen dengan mendirikan ‘pondok panas’ berhampiran pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong di Tangkak.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Johor berkata, tindakan membuka pondok panas bertujuan untuk meraih undi itu merupakan kesalahan jelas di bawah Seksyen 26, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Artikel Penuh:

Syed Ibrahim
Syed Ibrahim


3.55pm - SPR merekodkan peratusan keluar mengundi 46 peratus, setakat jam 3 petang.


3.30pm - Peratus keluar mengundi yang tidak mencapai sasaran bakal menjadikan kerajaan negeri yang akan dibentuk di Johor sebagai kerajaan minoriti.

Pengerusi Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah itu jelas membimbangkan.

Artikel Penuh:

Mohd Shafie ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan di SK Pengkalan Raja Pekan Nanas pada Sabtu.
Mohd Shafie ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan di SK Pengkalan Raja Pekan Nanas pada Sabtu.


3.05pm - SPR merekodkan peratusan keluar mengundi yang agak rendah iaitu 40 peratus pada PRN Johor, setakat jam 2 petang.

Petugas Kesihatan melakukan kerja-kerja sanitasi setiap dua jam di pusat pengundian sebagai langkah mencegah penularan Covid-19 pada PRN Johor di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lenga hari ini. -Foto Bernama
Petugas Kesihatan melakukan kerja-kerja sanitasi setiap dua jam di pusat pengundian sebagai langkah mencegah penularan Covid-19 pada PRN Johor di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lenga hari ini. -Foto Bernama


2.30pm - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu meninjau perjalanan proses pengundian PRN Johor ke-15 yang mula dibuka pada jam 8 pagi Sabtu.

Ismail Sabri yang tiba di Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2, Kempas iaitu satu daripada 1,021 pusat mengundi pada jam 1.55 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit melihat dari pekarangan luar sekolah itu.

Artikel Penuh:

Ismail Sabri ketika meninjau perjalanan proses pengundian PRN Johor pada Sabtu. - Foto Facebook Ismail Sabri
Ismail Sabri ketika meninjau perjalanan proses pengundian PRN Johor pada Sabtu. - Foto Facebook Ismail Sabri


2.05pm - SPR merekodkan peratusan keluar mengundi yang agak rendah iaitu 35 peratus pada PRN Johor, setakat jam 1 tengah hari tadi.


1.40pm - Datuk Seri Dr Adham Baba selesai mengundi pada 12.40 tengah hari.


1.35pm - Perdana Menteri mengucapkan selamat mengundi buat rakyat Johor


1.30pm - Menteri Kanan Pertahanan melihat prosedur operasi standard (SOP) pada PRN Johor khususnya pada hari mengundi setakat ini dilaporkan dilaksanakan dengan baik.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, petugas SPR sangat tegas terhadap SOP yang ditetapkan dalam mengawal penularan Covid-19.

Artikel Penuh:

Hishammuddin beramah mesra bersama pengundi ketika tiba di Pusat Mengundi Sekolah Agama Taman Sri Lambak untuk mengundi sempena PRN Johor pada Sabtu.
Hishammuddin beramah mesra bersama pengundi ketika tiba di Pusat Mengundi Sekolah Agama Taman Sri Lambak untuk mengundi sempena PRN Johor pada Sabtu.


12.55pm - SPR merekodkan peratusan keluar mengundi yang agak rendah iaitu 29 peratus pada PRN Johor, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Artikel Penuh:


11.55am - Sebanyak 22 peratus telah keluar mengundi setakat 11 pagi ini - SPR


11am - Polis sedang menyiasat perbuatan menyimbah cat merah di sebuah papan iklan Perikatan Nasional (PN) di bulatan Taman Putri di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat aduan kejadian tersebut pada jam 8 pagi Jumaat daripada seorang lelaki yang merupakan petugas PRN Johor bagi PN.

Artikel Penuh:


10.30am - SPR merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 13 peratus pada PRN Johor setakat jam 10 pagi Sabtu.

SPR sebelum ini menyasarkan peratus keluar pengundi sebanyak 70 peratus

Artikel Penuh:

Pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Johor di Pusat Mengundi Sekolah Agama Taman Sri Lambak pada Sabtu. - Foto Bernama
Pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Johor di Pusat Mengundi Sekolah Agama Taman Sri Lambak pada Sabtu. - Foto Bernama


9.15am - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pengundi yang akan keluar mengundi dalam PRN Johor pada Sabtu mencapai sehingga 80 peratus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada Sabtu.

Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di SMK Sri Muar pada jam 9.05 pagi dan selesai membuang undi pada jam 9.18 pagi.

Artikel Penuh:


8.15am - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin antara yang awal hadir hadir di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1 di sini pada jam 8.07 pagi bagi melaksanakan tanggungjawab dalam PRN Johor pada Sabtu.

Menurut bekas Menteri Besar Johor itu, beliau hadir awal bagi mengelakkan kesesakan selain bagi membolehkannya meninjau ke pusat pembuangan undi berdekatan dan perjalanan PRN Johor di kawasan lain.

Artikel Penuh: