DUN Johor Lama, Yong Peng sah milik BN

Dashboard yang dipaparkan di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, pada Sabtu
Dashboard yang dipaparkan di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, pada Sabtu
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Johor Lama dan DUN Yong Peng setakat jam 9.50 malam tadi.

DUN Johor Lama dimenangi Norliza Noh, manakala Ah Soon (DUN Yong Peng).

Norlizah menang dengan 12, 171 undi dengan majoriti 6,039 menewaskan Alias Rasman dari Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 6,132 undi.

Omar Mokhtar A Manap dari PKR mendapat 1,527 undi diikuti Mohd Shukor Ahmad dari Parti Pejuang Negara (268).

Sementara itu, Ah Soon yang menang dengan majoriti undi 2,741 dan berjaya mendapat 9,870 undi menewaskan Alan Tee Boon Tsing daripada Pakatan Harapan (7,129) dan Susan Yong daripada Perikatan Nasional (1,681).

Artikel Berkaitan: