'UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB Johor selain Hasni'

Selain Hasni (tengah), dua nama yang disebut-sebut dilantik sebagai Menteri Besar ialah Mohd Puad (kiri) dan Onn Hafiz (kanan).
Selain Hasni (tengah), dua nama yang disebut-sebut dilantik sebagai Menteri Besar ialah Mohd Puad (kiri) dan Onn Hafiz (kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, ini kerana dari awal kempen sehingga hari kemenangan PRN Johor, hanya satu nama Menteri Besar disebut iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Katanya jika ada pihak lain mahu pelantikan Menteri Besar yang baharu, bermakna parti itu harus mampu menguruskan isu ini dengan baik serta memastikan ia tidak menjejaskan kredibiliti parti.

"Sudah pasti jika beliau (Hasni) tidak dilantik, saya percaya akan ada perselisihan dalaman yang tidak dapat dielakkan sama sekali, kerana para penyokong beliau (Hasni) bertungkus lumus mengekalkan populariti bagi tunggak kemenangan PRN Johor.