Maszlee tewas di DUN Layang-Layang

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A

JOHOR BAHRU - Calon Barisan Nasional (BN) Abd Mutalip Abd Rahim menewaskan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam perebutan untuk mendapatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang dengan majoriti 2,815.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Abd Mutalip berjaya memperolehi 7,551 manakala Maszlee yang bertanding atas tiket PKR (4,736).

Calon Perikatan Nasional (PN) Alagenthiran Krishnan mendapat 1,278 dan Ahmad Shafiq Othaman daripada Parti Pejuang Negara (164).

Artikel Berkaitan: