Jumlah keluar mengundi hanya 29 peratus setakat tengah hari

Seorang petugas membantu warga emas mencelup jari ketika proses mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Larkin pada PRN Johor di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan 1 Larkin hari ini. - Foto Bernama
Seorang petugas membantu warga emas mencelup jari ketika proses mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Larkin pada PRN Johor di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan 1 Larkin hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi yang agak rendah iaitu 29 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 12 tengah hari tadi.

SPR sebelum ini menyasarkan peratus keluar pengundi sebanyak 70 peratus pada hari pengundian yang diadakan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan bahawa dijangkakan seramai 2,539,606 individu yang layak mengundi dijangka keluar mengundi dalam PRN Johor.

Katanya, sebanyak 1,021 pusat mengundi dan 4,638 saluran akan dibuka pada Sabtu untuk tujuan pengundian yang akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang dengan seramai 49,290 orang petugas akan bertugas untuk proses pengundian.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Artikel Berkaitan: