Alwiyah pertahan kerusi Endau

Alwiyah Talib
Alwiyah Talib
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti 3,041 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Alwiyah yang mendapat undi sebanyak 8,433 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Youzaimi Yusof (5,392).

Calon Pakatan Harapan (PH) Mohammad Fakrulradzi mendapat 1,154 diikuti Mohd Noorhisyan Ibrahim dari Pejuang (145) dan calon Bebas, Ismail Don (77)

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Alwiyah memenangi kerusi tersebut atas tiket BN.

Artikel Berkaitan: