Pusat penjumlahan undi ‘blackout’ gara-gara genset mati

Ciapan Akmal yang dimuat naik di akaun Twitternya.
Ciapan Akmal yang dimuat naik di akaun Twitternya.
A
A
A

LARKIN - Proses pengiraan undi di Dewan Raya Taman Century di sini didakwa terhenti seketika, gara-gara bekalan elektrik terputus apabila genset (set janakuasa) berhenti beroperasi secara tiba-tiba.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam ciapannya mendakwa, ‘blackout’ itu terjadi sewaktu proses pengiraan undi sedang rancak berjalan.

“Saya difahamkan DM Dewan Raya Tmn Century di Larkin sudah mula kira tapi blackout. PACA (Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Kiraan Undi) kami tengah fight minta hold pengiraan dulu!

“Macam mana ini berlaku tahun 2022?? Alasan yang diberikan genset mati. Undian dihentikan namun PACA kita kekal bertahan dalam tempat kira undi. Hari dah nak gelap,” ciapnya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Akmal memaklumkan genset sudah dihidupkan semula dan proses pengiraan disambung semula.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Artikel Berkaitan: