PRN: BN hanya menang dua daripada 12 kerusi di Selangor

Rizam (kiri) dan Johan antara dua calon UMNO mewakili BN-PH yang menang dalam PRN Selangor pada Sabtu.
Rizam (kiri) dan Johan antara dua calon UMNO mewakili BN-PH yang menang dalam PRN Selangor pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan raya negeri (PRN) Selangor menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya menang dua daripada 12 kerusi dipertandingkan.

Dua kerusi itu ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar diwakili Datuk Rizam Ismail dan Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz.

Rizam menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Zaidi Selamat dengan majoriti 846 undi.

Sementara Johan pula menawan Dusun Tua dengan majoriti 3,014 undi menewaskan dua pencabar lain Azhar Hambali (PN) dan Al Hafiz Ikhwan (Parti Ikatan Demokratik Malaysia - Muda).

Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain tewas kepada Muhammad Hilman Idham di kerusi Gombak Setia dengan majoriti 58 kerusi.

Sementara sembilan kerusi lain yang tewas ialah Sungai Panjang, Jeram, Batang Kali, Sungai Burong, Kuang, Semenyih, Selat Klang, Sijangkang dan Dengkil.

Keputusan penuh PRN Selangor menyaksikan PH-BN kekal membentuk kerajaan negeri selepas menang 34 kerusi sementara PN dengan 22 kerusi.

DAP yang bertanding 15 kerusi memperoleh kemenangan penuh, Parti Amanah Negara (Amanah) menang lima daripada sembilan kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menang 12 daripada 20 kerusi.

Artikel Berkaitan:

Amanah tewas empat kerusi di Sabak, Morib, Sungai Ramal dan Hulu Bernam, PKR pula tewas lapan kerusi di Sungai Kandis, Paya Jaras, Sementa, Taman Medan, Hulu Kelang, Permatang, Ijok dan Bukit Melawati.

Dua Exco negeri Selangor daripada PKR turut kecundang pada PRN kali ini iaitu Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang tewas kepada Wan Dzahanurin Ahmad (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan majoriti 167 undi.

Sementara Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman tewas kepada Datuk Dr Halim Tamuri (PN) bagi kerusi DUN Paya Jaras dengan majoriti 1,986 undi.

Antara nama besar yang turut tewas pada PRN kali ini ialah Datuk Seri Rina Harun (PN) di Batu Tiga selain Datuk Mohd Imran Tamrin (BN) di DUN Sungai Panjang serta Juwairiya Zulkifli (PKR-PH) bagi Hulu Kelang.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menepati ramalan mempertahankan DUN Sungai Tua bagi empat penggal berturut-turut namun dengan defisit majoriti daripada 11,374 kepada 5,185 undi.

Sementara Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang di Hulu Kelang; Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mempertahankan Sijangkang manakala Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari turut mempertaruhkan Selat Kelang.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan PH dan BN berhasrat memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi dimenangi PN di Selangor.

Kerusi tersebut ialah kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil yang memperoleh majoriti kemenangan adalah rendah.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: PRN15: Dua kerusi majoriti tipis di Selangor

Selangor umum Isnin cuti peristiwa jika PH-BN menang PRN

PRN: PH gagalkan 'gelombang hijau' di Selangor

PRN: Kerajaan di enam negeri kekal