PRN: Amanah bertanding 31 DUN, tampil 15 muka baharu

Mohamad (tengah) ketika mengumumkan calon Amanah yang bertanding pada PRN.
Mohamad (tengah) ketika mengumumkan calon Amanah yang bertanding pada PRN.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu pada Ahad mengumumkan parti itu bertanding 31 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Bilangan kerusi melibatkan dua di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu, tujuh di Kelantan serta masing-masing sembilan di Kedah dan Selangor.

Bagaimanapun katanya, dua kerusi DUN di Terengganu iaitu Tepoh dan Bandar masih dalam perbincangan.

Menurut beliau, perkara itu akan dapat diselesaikan secepat mungkin melalui rundingan kerana tiada masalah besar yang berlaku.

"Insya-ALLAH, perkara itu akan selesai selewat-lewatnya sebelum penamaan calon. Tiada masalah cuma ada calon yang mahu kawasan sama tapi itu bukan perkara pelik," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan calon Amanah yang bertanding dalam PRN pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja memberitahu, daripada 31 kerusi itu, seramai 15 calon muka baharu bertanding, manakala masing-masing tujuh calon muda dan wanita.

"Kriteria yang kita pilih sudah pasti seorang yang aktif dan memberi sumbangan kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedatangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Kelantan pada Program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat, Mohamad berkata, parti itu tiada masalah dengan perubahan berkenaan.

"Kita memang tiada masalah kerana Malaysia boleh membuat pilihan parti yang mereka mahu. Kita pun tak tahu masa depan parti yang ada dalam gabungan sekarang," katanya.

Senarai calon Amanah bagi PRN Pulau Pinang

N38 Bayan Lepas - Azrul Mahathir Aziz

N11 Permatang Pasir - Muhammad Faiz Fadzil

Senarai calon Amanah bagi PRN Selangor

N2 Sabak - Samad Hashim

N5 Hulu Bernam -Mohd Amran Mohd Sakir

N15 Taman Templer - Anfaal Saari

N41 Batu Tiga - Danial Al Rashid Haron

N21 Pandan Indah - Izham Hashim

N26 Sungai Ramal - Mazwan Johar

N29 Seri Serdang - Abbas Salimi Azmi

N42 Meru - Mariam Abdul Rashid

N52 Morib - Hasnul Baharudin

Senarai calon Amanah bagi PRN Terengganu

N16 Batu Buruk - Mohamad Zamir Ghazali

N19 Ru Rendang - Suhaimi Sulaiman

Senarai calon Amanah bagi PRN Kelantan

N9 Kota Lama - Dr Hafidzah Mustakim

N12 Pengkalan Pasir - Rushdan Mustafa

N19 Demit - Datuk Ismail Ghani

N20 Tawang - Mat Isa Che Dir

N24 Kadok - Mohd Azizan Razak

N26 Bukit Panau - Datuk Dr Samsu Adabi Mamat

N34 Temangan - Abdul Kadir Othman

Senarai calon Amanah bagi PRN Kedah

N3 Kota Seputeh - Dr Salmee Said

N7 Kuala Nerang - Ridzwan Abu Bakar

N14 Alor Mengkudu - Datuk Mahfuz Omar

N16 Kubang Rotan - Mohd Asmirul Anuar Aris

N17 Pengkalan Kundur - Datuk Dr Ismail Salleh

N18 Tokai - Zainal Abidin Saad

N20 Sungai Limau - Siti Balkhis Husain

N23 Belantek - Mazli Saipi

N31 Kupang - Muhammad Suhaimi Hamzah

Senarai calon Amanah bagi PRN Negeri Sembilan

N4 Klawang - Datuk Bakri Sawir

N25 Paroi - Norwani Ahmat