"SAYA tetap hormati Kedah,” demikian luah penggempur NS Matrix, Mohd Khyril Muhymeen Zambri ketika mengulas mengenai perpindahannya ke Negeri Sembilan bagi saingan Liga Premier 2015.

Khyril berkata, penghijrahan pemain ke pasukan baharu merupakan lumrah dalam dunia bola sepak profesional dan tidak perlu dihairankan.

“Kini saya sudah mempunyai majikan baru. Jadi, saya perlu mengikut arahan mereka,” katanya yang memberitahu akan memberikan sepenuh komitmen kepada skuad Rusa apabila bertemu skuad Hijau Kuning dalam perlawanan.

Lagipun, katanya, tidak menjadi kesalahan untuk bermula dari bawah sekiranya tindakan sedemikian dapat membantu skuad Jang kembali digeruni dalam kancah Liga Malaysia.

“Lazimnya, setiap pemain mencari piala dan saya sudah ada semuanya. Justeru, apa salahnya saya mencuba bersama pasukan yang betul-betul memerlukan (pemain) untuk menuju ke Liga Super, sekali gus menaikkan nama Negeri Sembilan,” katanya.

Menurut Khyril, memang agak berat untuk meninggalkan Kedah, namun komitmen ditunjukkan pasukan dan pihak pengurusan telah memikat hatinya untuk menyarung jersi skuad Hoben Jang Hoben.

“Saya lihat pasukan ini mempunyai fokus untuk mencapai matlamat ditetapkan,” katanya yang beraksi untuk Kedah selama 10 tahun dan dikenali dengan jolokan KM18 dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • CHIDI Edeh yang sejak beberapa perlawanan tidak diturunkan kerana kecederaan sebelum ini membuktikan dirinya layak diletakkan sebagai penyerang utama Hijau Kuning apabila ledak hatrik membenam Johor Darul Ta'zim (JDT) II 3-2 di Stadium Darul Aman, semalam.
  • LIMA perlawanan Liga Premier 2015 sepanjang bulan puasa ini menuntut keupayaan ketahanan mental dan fizikal semua pemain Kedah lebih dari biasa jika mahu terus kekal berada di dalam kelompok dua pasukan terbaik liga sehingga ke hujung musim.
  • WATAK Faiz Subri dilihat tenang di atas padang tetapi sentuhannya di dalam meledakkan gol dari jarak jauh hasil rembatan deras boleh diharapkan pasukan kejurulatihan Pulau Pinang untuk memburu kemenangan demi kemenangan pada saingan Liga Premier 2015.
  • KEPUTUSAN seri 3-3 pada pertembungan dua pasukan utara antara Pulau Pinang dan Kedah pada saingan kelima Liga Premier 2015 di Stadium Bandaraya, kelmarin dilihat seimbang dan memuaskan hati kedua belah pihak.