Polis tahan lelaki pandu lori secara berbahaya

Seorang lelaki ditahan manakala lori disita selepas dikesanmemandu secara berbahaya di Kilometer 7.0, Jalan Perani–Lok Heng.
Seorang lelaki ditahan manakala lori disita selepas dikesanmemandu secara berbahaya di Kilometer 7.0, Jalan Perani–Lok Heng.
A
A
A

KOTA TINGGI – Seorang pemandu lori dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah 3(1), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana dikesan memandu secara berbahaya di Kilometer (KM) 7.0, Jalan Perani–Lok Heng pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.11 petang dan lori yang dipandu lelaki berkenaan turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pihak polis telah mengesan paparan video yang tular di laman Facebook Orang Kota Tinggi yang memaparkan sebuah lori dipandu secara berbahaya hingga memasuki laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan terpaksa mengelak.

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun telah berjaya dikesan dan seterusnya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Yusof, ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori berkenaan didapati negatif.

Sementara itu, Yusof berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya memandu secara berhemah serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama di jalan raya.

“Sikap pemanduan secara berbahaya bukan sahaja mengundang tindakan undang-undang, malah boleh mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa,” katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu lori disaman kerana memandu secara berbahaya di Jalan Perani - Lok Heng
  • Lori tersebut turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987
  • Kejadian tular di Facebook menunjukkan lori memasuki laluan bertentangan menyebabkan kenderaan lain terpaksa mengelak
  • Pemandu lori, lelaki tempatan berusia 26 tahun, telah ditahan
  • Polis menasihatkan orang ramai untuk memandu secara berhemah dan mematuhi undang-undang demi keselamatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!