Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas ketika selamatkan rakan
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan rakan semasa mereka mandi di sungai berhampiran Jambatan Bunut Payung, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di sini pada Rabu.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Asri Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim bersama Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi.
“Setibanya pasukan di lokasi, orang awam memaklumkan seorang mangsa masih hilang manakala tiga lagi berjaya diselamatkan.
“Seramai 12 anggota termasuk empat penyelam dari Unit PPDA terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, operasi pencarian mangsa masih diteruskan dengan kaedah pencarian di permukaan air melibatkan kawasan sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Ringkasan AI
- Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas ketika selamatkan rakan
- Terkandas semasa mandi di sungai berhampiran Jambatan Bunut Payung, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 3.07 petang dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi
- 12 anggota termasuk empat penyelam dari Unit PPDA terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat
- Operasi pencarian mangsa masih diteruskan dengan kaedah pencarian di permukaan air
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

