PEMAIN import Kelantan, Dimitrios Pertratos akan berlepas ke England untuk menjalani latihan selama beberapa minggu bersama kelab Liga Juara Bola Sepak (FLC), Blackburn Rovers, pada Isnin depan, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Selain Pertratos, yang merupakan pemain kebangsaan bawah 23 tahun Australia, turut dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi menjalani latihan ialah Ketua Pasukan Piala Presiden Kelantan musim ini, Faizol Nazlin Sayuti.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemergian dua pemain itu diuruskan Theredwarriors.com (Trw.com), sebuah entiti baharu yang ditubuhkan oleh pihaknya bagi mengurus tadbir pasukan bola sepak Kelantan musim ini.

“Dimitrios Pertratos dan Faizol Nazlin (Sayuti) akan ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Trw.com, Kevin Ramalingam sepanjang menjalani latihanbersama kelab Blackburn Rovers yang berpangkalan di Lanchasire.

“Sepanjang bersama kelab tersebut, kedua-dua pemain ini akan menjalani latihan berserta ujian dan saya berharap mereka mendapat pendedahan berguna terutamanya Pertratos yang akan menggalas cabaran Kelantan dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) awal Mac nanti.

Pertratos, bekas penyerang Sydney FC dalam Liga Australia merupakan pemain import yang didaftarkan oleh Kelantan untuk bermain dalam Piala AFC selain Lek Kcira, pemain pertahanan dari Croatia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perlawanan persahabatan antarabangsa, pertemuan juara Liga Super Malaysia (MSL), Kelantan menentang juara Liga Super Indonesia (ISL), Semen Padang FC di Kafe TRW, di sini, semalam.

Mengenai Faizol Nazlin, Annuar berkata, beliau memilih pemain yang baru mencecah usia 21 tahun itu bagi memberi peluang kepada beliau menimba pengalaman sebanyak mungkin selain merasai suasana bola sepak moden di England.

Menurut Annuar, jalinan kerjasama dengan Kelab Blackburn Rovers itu merupakan antara langkah awal yang dilakukan oleh pihak Kafa bagi memperkasakan pasukan juara tiga piala itu untuk menjadi sebuah pasukan yang disegani pada masa depan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) yakin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bertindak adil dalam mengendalikan isu mengenai kritikan terbuka Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap mutu pengadilan.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung hukuman denda dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas mereka.
  • PRESIDEN Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pasukannya tidak panik meskipun tewas 0-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka mengambil tindakan drastik ekoran prestasi hambar The Red Warriors yang hanya mampu meraih enam mata daripada lima perlawanan pada saingan Liga Super musim ini.