KUANTAN - Empat pegawai bahagian penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati  menerima suapan daripada pengusaha bauksit haram yang dianggarkan berjumlah RM100,000 hingga RM200,000.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Bakri berkata, keempat-empat suspek berumur 30 hingga 38 tahun ditahan kira-kura jam 6 petang hingga 9 malam semalam di kediaman masing-masing.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan sejak dua bulan lalu apabila menerima maklumat daripada orang awam.

"Hasil siasatan kita dapati suspek dipercayai menjual borang 13D dengan tujuan sebagai jaminan perlindungan daripada tindakan penguatkuasaan.

"Masing-masing direman selama tujuh hari dan saya berharap kertas siasatan disiapkan supaya mereka dapat didakwa dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang akan merujuk Pejabat Pendakwa Raya (DPP) berhubung insiden tiga kanak-kanak yang ditemui lemas di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, baru-baru ini.
  • KUANTAN - Tindakan seorang kakak mahu mengambil seluar adiknya yang tertanggal di dalam kolam akhirnya meragut nyawanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.