Bapa empat anak curi susu tepung merayu kurangkan denda

Seorang pengawal keselamatan didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah mencuri susu tepung serta beberapa barangan lain dari sebuah pusat beli-belah minggu lepas.
Seorang pengawal keselamatan didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah mencuri susu tepung serta beberapa barangan lain dari sebuah pusat beli-belah minggu lepas.
A
A
A

MELAKA - Seorang pengawal keselamatan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah mencuri susu tepung serta beberapa barangan lain dari sebuah pusat beli-belah minggu lepas.

Tertuduh, Mohamad Ghazali Maidin, 46, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua pek susu tepung, dua botol syampu dan sebotol pencuci pakaian bernilai keseluruhan RM131.50 milik sebuah pasar raya. 

Tertuduh mengaku salah curi susu tepung serta beberapa barangan lain di sebuah pusat beli-belah.
Tertuduh mengaku salah curi susu tepung serta beberapa barangan lain di sebuah pusat beli-belah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pusat beli-belah tersebut sekitar jam 10.30 pagi pada 21 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dia mengambil barang di bahagian pasar raya menggunakan troli sebelum menolaknya keluar melalui pintu tingkat satu.

Tertuduh kemudian membawa pulang barangan dengan motosikal tanpa membuat bayaran.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Sementara tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab Malek memohon hukuman minimum dengan alasan tertuduh mempunyai empat anak dan mencuri kerana terdesak akibat kesempitan hidup.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman itu dan penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang pengawal keselamatan didenda RM1,500 kerana mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain dari sebuah pusat beli-belah
  • Tertuduh, Mohamad Ghazali Maidin, 46 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh
  • Barangan yang dicuri bernilai keseluruhan RM131.50
  • Tertuduh dikesan melalui rakaman CCTV memaparkan dia mengambil barang dan membawa pulang dengan motosikal tanpa membuat bayaran
  • Hukuman penjara sebulan akan dikenakan sekiranya gagal membayar denda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!