Kakitangan awam maut motosikal bertembung kereta di Kangar

Motosikal jenis Yamaga 135LC yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Stadium, berhampiran Pejabat Kastam Kangar. Foto hiasan
Motosikal jenis Yamaga 135LC yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Stadium, berhampiran Pejabat Kastam Kangar. Foto hiasan
A
A
A

KANGAR - Seorang kakitangan awam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Stadium, berhampiran Pejabat Kastam Kangar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata kemalangan pada 7.04 pagi itu menyebabkan Mohd Asrul Affandy Kassim, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu wanita berusia 53 tahun yang juga kakitangan awam mengalami sakit di bahagian dada dan luka di mulut.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk bedah siasat manakala pemandu wanita itu juga dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang Mohd Asrul Affandy memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Myvi dipandu wanita itu.

"Wanita itu dalam perjalanan dari rumah di Taman Utama Indah Kangar ke tempat kerja di sebuah sekolah menengah di sini manakala penunggang motosikal itu dari arah Pejabat Kastam Kangar hendak balik ke rumah di Kuarters Perumahan Kastam," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata Mohd Asrul Affandy ialah Pembantu Keselamatan KP1 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang ditempatkan di JKDM Perlis.

Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kakitangan awam JKDM Perlis maut dalam kemalangan motosikal dengan Perodua Myvi di Kangar
  • Mohd Asrul Affandy Kassim, 41, meninggal dunia, pemandu wanita cedera
  • Kemalangan berlaku pada pukul 7.04 pagi di Jalan Stadium
  • Siasatan awal menyatakan motosikal masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!