KUANTAN - Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Adik arwah, Datuk Seri Muhammad Safian mengesahkan perkara itu.

Muhammad Safian berkata, dimaklumkan Abdul Manan jatuh di dalam bilik air ketika mahu mengambil air sembahyang untuk solat Maghrib.

"Jenazah masih di Kuala Lumpur dan saya berurusan dengan ahli keluarga sama ada arwah akan di bawa ke sini (Kuantan) atau tidak," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Abdul Manan juga merupakan Ketua Umno Bahagian Paya Besar.

Jenazah Allahyarham Abdul Manan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati sebelum Zohor esok.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJUNG MALIM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dihanyutkan air ketika berkelah di Sungai Bernam berhampiran Kampung Simpang Empat Dalam, di sini, petang tadi.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ishak Tadin meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.
  • PORT DICKSON - Bekas Pegawai Khas Politik, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Masiyon Mardan@Buhair,64, meninggal dunia sekitar jam 3 petang tadi ketika mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sedang berkenaan slipped disc sakit tulang belakang yang dihidapinya.
  • DURIAN TUNGGAL - Seorang imam di Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam meninggal dunia selepas rakaat ketiga, ketika mengimamkan solat Zohor di masjid itu, tadi.