SHAH ALAM – Kira-kira 22 warga Pakistan ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) di Desa Melawati di Kuala Lumpur, semalam kerana memiliki dadah.
 
Mengesahkan tangkapan tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi posting di laman Twitter beliau hari ini berkata, pihak berkuasa turut merampas sejumlah 34 kilogram (kg)‎ dadah jenis heroin semasa penahanan tersebut.
 
“Syabas STING @PDRMsia, petang semalam berjaya tangkap 22 orang warga Pakistan dan rampas lebih 34 kilogram dadah jenis Heroin di Desa Melawat, Kuala Lumpur,” katanya, hari ini.
 
Dalam perkembangan lain, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang pelajar tingkatan satu bersama 16 rakannya yang didakwa dipukul pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Georgetown. 
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kes membabitkan adik lelaki kepada seorang pelakon wanita itu disiasat menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
 
"Kes itu berlaku di asrama sekolah berkenaan pada Rabu malam selepas mangsa dan rakan-rakannya yang baru balik membeli makanan berikutan lapar dimarahi sekumpulan pelajar tingkatan lima.
 
"Pelajar-pelajar junior berkenaan mendakwa selain dimarah kerana keluar daripada asrama tanpa kebenaran, mereka turut dipukul sehingga lebam di beberapa bahagian badan," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM804,000 dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara, Isnin lepas.
  • KOTA BHARU - Ibu bapa yang terbabit dalam najis dadah adalah antara faktor yang menyebabkan ada kanak-kanak seawal usia 11 tahun dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
  • KUCHING - Polis Sarawak menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam pengedaran dadah serta merampas lebih setengah kilogram ketulan kristal dipercayai syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Merdang Garden, Kota Samarahan tengah hari semalam.
  • ROMPIN - Seorang pengedar dadah antara 28 penagih yang dicekup dalam Ops Sarang sekitar Chanis, di sini, semalam.
  • SUNGAI PETANI - Seramai 40 pelajar sekolah menengah dikesan terlibat jenayah bermula Januari hingga Oktober 2018 di mana lapan daripadanya berumur 13 hingga 15 tahun dan selebihnya berumur 16 hingga 18 tahun.