SHAH ALAM - Pas memilih pendekatan tunggu selepas selesai PRU14 bagi menamakan calon menteri besar Selangor jika berjaya menang dan menjadi kerajaan di negeri itu.

Presidennya,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, buat masa ini Pas tidak akan menamakan calon itu kerana masih terlalu awal untuk diperkatakan.

“Soal calon Menteri Besar Selangor itu satu andaian. Kita tak mahu buat sesuatu hukuman andaian, nanti kalau kita calonkan kemudian bila bertanding dia kalah, itu tak betul.

“Kita di Malaysia bertanding pilihan raya bukan macam bertanding calon presiden seperti di Amerika Syarikat. Nanti kalau kita calon tapi kalah lain pula hal, jadi pendekatan terbaik tunggu selepas pilihan raya," katanya.

Beliau berkata, Pas yakin mampu melakukan perubahan di Selangor.

"Kalau kita sudah bersendirian ini (tidak bersama Pakatan Harapan) kita akan tentukan kemudian,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, senarai calon Pas yang akan bertanding di Selangor akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.

“Saya serahkan kepada pimpinan Pas Selangor dan terpulang kepada mereka untuk umumkan bila atau pada masa yang dirasakan sesuai,” katanya.

Pas yang sebelum ini membentuk blok Gagasan Sejahtera berhasrat menawan Selangor apabila mengumumkan akan bertanding di 42 kerusi dun dan sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di negeri itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR GAJAH - PUTERI Umno yakin manifesto khas yang dirangka Pemuda Umno akan membawa suara di setiap sudut pengundi muda negara ini.
  • PORT DICKSON - Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sembilan, Isnin ini, dan salah satu destinasi dalam jadual kunjungannya adalah Port Dickson.
  • SHAH ALAM - Gerakan yakin mampu memberikan prestasi lebih baik pada PRU14 dari segi penambahan bilangan kerusi yang bakal dimenanginya, terutama di Pulau Pinang.
  • SHAH ALAM - Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa menyelar tindakan beberapa pemimpin Umno yang gemar menyebarkan fakta separuh benar dan membangkitkan persoalan salah bagi mengelirukan orang awam berkenaan isu tanah di Ijok.
  • TANJUNG RAMBUTAN - BN Perak menyenaraikan beberapa individu dalam kalangan penjawat awam di negeri ini sebagai calon mereka pada PRU14 nanti.