MPT Bersatu adakan perjumpaan tertutup

PETALING JAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
Perjumpaan tersebut berlangsung pada jam 8.30 malam di Ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor
Bagaimanapun perjumpaan berkenaan tidak disertakan dengan sebarang makluman rasmi mengenai agenda yang akan dibincangkan.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan terdapat khabar angin bahawa Timbalan Presiden Bersatu , Datuk Seri Hamzah Zainudin akan dipecat.
AKAN MENYUSUL
Ringkasan AI
- Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan tertutup dengan Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu
- Perjumpaan diadakan di Ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor bermula pada jam 8.30 malam
- Tiada maklumat rasmi tentang agenda perjumpaan
- Sebelum ini, ada khabar angin tentang potensi pemecatan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

