KOTA BHARU - Umno menyerahkan kepada sekretariat parti untuk mengumpul maklumat mengenai dakwaan  tujuh individu yang melanggar disiplin parti.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa tersebut akan membawa perkara tersebut ke peringkat tertinggi parti termasuk jawatankuasa disiplin dan majlis tertinggi parti.

"Ini kita serah kepada kebijaksanaan  setiausaha agung untuk mengumpul butiran terperinci mengenai pemimpin tersebut,"katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin akar umbi Umno Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tujuh orang ahli Umno sedang dalam pemerhatian Lembaga Disiplin parti untuk dikenakan tindakan, termasuk digantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengeluarkan kenyataan buruk terhadap parti itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan: Kita sudah letih! ]

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara Pas dan Umno dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.
  • BACHOK - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan wujud ‘sesuatu’ antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) sehingga mereka sanggup mempertahankan antara satu sama lain.
  • KOTA BHARU - Prestasi Pas selama 27 tahun mentadbir Kelantan adalah antara aspek akan diambil kira dalam penyediaan manifesto BN Kelantan bagi menghadapi PRU14 kelak.
  • GUA MUSANG - Ahli Parlime Gua Musang menyokong apa jua bentuk kerjasama antara mana-mana parti sekiranya ia memberi kebaikan kepada rakyat.
  • KUALA NERANG - Badan Perhubungan Umno Kedah sedang meneliti bakal-bakal calon PRU14 dengan mengambil kira tahap sokongan diterima daripada pengundi di kawasan tersebut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.