Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama pimpinan yang lain mengangkat tangan selepas selesai Himpunan 355, malam tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Jangan bimbang tentang undang-undang Islam kerana ia bukan bersifat menghukum, sebaliknya bersifat mendidik.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Albakiri berkata, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355 yang digariskan bertujuan mengharmonikan peranan Islam, penuh dengan toleransi dan kesaksamaan.

"Apa yang kita lakukan tidaklah sempurna. Tetapi kita kini sedang menuju ke arah kesempurnaan.

[ARTIKEL BERKAITAN:  H355 capai objektif, momentum perlu diteruskan]

"Kita sama-sama menghargai kedaulatan undang-undang negara," katanya menerusi ucapannya pada Himpunan 355 di Padang Merbok, malam tadi.

Pada 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.  

Difahamkan, RUU itu bagi meminda akta 355.

Menurut beliau lagi, institusi mahkamah syariah perlu diperkasakan demi agama Islam dan ALLAH.

"Apa yang termaktub dalam al-Quran adalah untuk semua bangsa dan agama tidak kira warna kulit, kerana semuanya milik ALLAH," katanya lagi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia

×