SHAH ALAM - Parti Bersatu didakwa masih utuh, walaupun sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan terhadap kepimpinan pemimpinnya ketika ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kemelut yang berlaku di dalam Bersatu itu dilihat sebagai satu fenomena biasa bagi parti politik baru.

"Biasalah keadaan sebegini berlaku dalam parti politik khususnya parti baru. Namun tiada nampak lagi kepincangan di peringkat nasional yang memberi cerminan kepada perpecahan besar di peringkat nasional," katanya kepada Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati punca pertikai Muhyiddin]

Azizuddin berkata, demikian bagi mengulas mengenai Ketua Pendaftar Bersatu Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar yang mendakwa kononnya seluruh bahagian Bersatu Perak membuat desakan supaya Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan ekoran kepincangan di peringkat kebangsaan dan Perak.

Azrul Suhadi juga didakwa turut menyatakan Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.

Mengulas lanjut, Azizuddin berkata, "Sekiranya yang berlaku di Perak ini merebak ke seluruh negara, barulah kita boleh kata Bersatu ni goyah dan sedang menuju perpecahan," jelasnya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - “Kenapa mereka yang bukan lagi ahli Bersatu menyibuk tentang urusan parti ini?” demikian kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor.
  • SHAH ALAM - Rakyat tidak seharusnya dikelirukan dengan isu kehadiran diplomat Israel dan juga pasukan kriket negara itu yang dibenarkan beraksi di Malaysia pada Kejohanan Kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) 1997.
  • AYER HITAM - Kira-kira 50 ahli Umno dan Pas dalam Dun Ayer Hitam bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyertai Bersatu.
  • PETALING JAYA - Bersatu memohon pertimbangan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memberi kelulusan segera berhubung pendaftaran 21 bahagian parti itu.
  • KUANTAN - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa mengambil tindakan segera terhadap Parti Bersatu berhubung salah lakunya termasuk status mesyuarat agung tahunannya yang meragukan.