SHAH ALAM - "Tiada menteri yang meletak jawatan," demikian status yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Status tersebut bagi menjawab dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menerusi laman Twitternya menyebut ada seorang menteri kanan khabarnya meletak jawatan kerana tidak mahu bersubahat dengan skandal 1MDB.

Najib berkata, dakwaan Mohamed Azmin adalah tipu dan dan sengaja direka.

"Jika perkara itu benar, sudah pasti beliau tidak teragak-agak untuk menyatakan nama menteri berkenaan," ujar Najib.

Najib menjawab dakwaan status Mohamed Azmin yang dimuat naik sekitar tiga jam lalu.

Antara yang ditulis Mohamed Azmin adalah;

"Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan ? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan."

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta menjelaskan kepada rakyat berhubung bayaran penyelesaiannya sebanyak RM2.4 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).
  • PUTRAJAYA - Malaysia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dalam isu melunaskan bayaran hutang 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir 31 Dis, 2017 kepada International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC).
  • KUALA LUMPUR - Krisis yang melanda 1 Malaysia Develompent Berhad (1MDB) tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomi Malaysia.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa tempoh jangka masa bagi melengkapkan proses pengauditan ke atas penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2015 dan 2016 masih belum dapat dipastikan berikutan siasatan polis sedang berjalan sehingga kini.