'Beruk-beruk ini selamat, pegawai jadi kambing hitam, kena sembelih' - Abdul Hadi

ABDUL HADI.
ABDUL HADI.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat undang-undang terpilih yang diamalkan kerajaan khususnya dalam isu rasuah.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ini kerana tindakan undang-undang terhadap jenayah rasuah hanya dikenakan kepada mereka yang menerima rasuah, selain dilaksanakan secara terpilih.

"Undang-undang terpilih, orang yang sokong kerajaan diselamatkan. Yang tidak sokong, jaga... kena (tindakan), menyebabkan payung kerajaan bocor, menjadi pelindung kepada perasuah.

"Nak selamat, sokong kerajaan. Kalau tidak sokong, tidak selamat," katanya ketika Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Dalam pada itu beliau turut meragui tindakan yang diambil pihak berkuasa dalam sesetengah kes membabitkan pegawai yang menjadi 'kambing hitam'.

Menggunakan anologi beruk dan kera yang berebut sebiji pisang, Abdul Hadi membangkitkan mengenai projek dan perolehan kerajaan yang gagal kerana kewujudan orang tengah mengaut keuntungan.

"Apa yang berlaku, tindakan (hanya) kepada yang terima rasuah, yang sogok dan orang tengah tidak diberi (tindakan), kononnya nak dapat pertolongan, nak jadi saksi dan sebagainya.

"Beruk-beruk ini selamat, pegawai jadi kambing hitam, kena sembelih. Sebab itu, saya meragui orang yang dedahkan nama-nama pegawai ini, bukan tentera sahaja, semua jawatan yang didedahkan ini.

"Mungkin ada beruk-beruk besar (di sebaliknya). Pegawai ini dipaksa takut kepada beruk, terpaksa kena buat (perbuatan rasuah), maka berlakulah tindakan begitu rupa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat undang-undang terpilih dalam isu rasuah
  • Tindakan undang-undang hanya dikenakan kepada mereka yang menerima rasuah secara terpilih
  • Menurut Abdul Hadi, orang yang sokong kerajaan diselamatkan daripada tindakan undang-undang
  • Beliau meragui tindakan pihak berkuasa terhadap pegawai yang menjadi 'kambing hitam'
  • Abdul Hadi membicarakan tentang projek dan perolehan kerajaan yang gagal akibat kewujudan orang tengah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!